Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kegembiraan meraikan Aidilfitri berakhir tragedi apabila dua pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Central Spine Road (CSR) menghala ke Kuala Lipis petang Rabu. Foto hiasan, Envato.

Temui ajal terkena dahan semasa gotong-royong tebang pokok

SIK, 26 Dis: Seorang lelaki menemui ajal selepas dihempap sebatang dahan pokok semasa menyertai aktiviti gotong-royong di Kampung Lubuk Besar Hujung Bandar di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa, Othman Kasim, 47, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan (DSP) Abdull Razak Osman berkata, menurut sepupu lelaki mangsa berusia 42 tahun, kejadian berlaku semasa mereka sedang menebang sebatang pokok terap secara bergotong-royong.

“Semasa mangsa dan sepupunya menarik pokok itu untuk ditebang, tiba-tiba dahan patah dan menimpa kepala mangsa.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri sebelum pegawai perubatan yang memeriksanya di lokasi pada pukul 6.40 petang mengesahkannya telah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sik untuk bedah siasat.

“Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan