Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PETRONAS baru-baru ini menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs Peringkat Negeri Sarawak dengan tema "Tiada Yang Terpinggir". Foto AFP.

Stok diesel habis hingga Ahad ini, 31 Dis – PETRONAS

ByYusuf Shukri

KUCHING, 26 Dis: PETRONAS Dagangan Berhad mendedahkan beberapa stesen PETRONAS di seluruh negara sedang menghadapi kehabisan stok diesel dan isu ini dijangka berterusan sehingga Ahad ini, 31 Disember 2023.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak berkepentingan bagi meminimumkan gangguan tersebut,” jelas kenyataan terbabit.

Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di Sarawak | TVS

Justeru itu pihaknya juga memohon kepada pelanggan menghadapi masalah diminta agar menghubungi Talian Hotline Mesralink di 1300-888-181.

Sebagai alternatif, Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menasihati pengguna untuk mendapatkan bekalan minyak diesel di stesen minyak Shell atau PETROS.

Kementerian itu juga memberi jaminan akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan ke atas semua stesen minyak dan meminta orang ramai untuk melaporkan kepada mereka sebarang kegiatan penyelewengan bahan api bersubsidi tersebut.

Laporan boleh dibuat menerusi laman e-aduan.kpdn.gov.my, whatsapp 019-2794317 @ 019-8488000 (Aduan Pengguna) atau talian hotline 1-800-886-800. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan