Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto Envato

Polis siasat syarikat jurusaji perdaya pakej perkahwinan

ByBernama

SEREMBAN, 26 Dis: Polis akan mendapatkan butiran lanjut daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini hari ini mengenai syarikat jurusaji yang didakwa memperdaya sebuah keluarga bagi urusan pakej perkahwinan di Jempol seperti yang tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata pihaknya juga mengesan nombor akaun bank selain mendapatkan maklumat pemilik akaun menerusi portal Commercial Crime Intelligence System (CCIS) serta telco yang digunakan mereka.

“Kita rujuk SSM untuk dapatkan butiran pemilik perniagaan dan nombor akaun. Mangsa yang juga pengantin perempuan mengatakan tidak pernah berjumpa jurusaji dari Shah Alam, Selangor itu secara bersemuka dan semua urusan dilakukan secara dalam talian.

“Berdasarkan siasatan awal, wanita berusia 26 tahun itu didapati berurusan dengan syarikat tersebut pada 3 April lepas di Facebook, sebelum membuat pembayaran sebanyak tiga kali dengan keseluruhan berjumlah RM13,200 untuk pakej perkahwinan yang diadakan pada dua hari lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun, wanita itu tidak menerima keseluruhan pakej yang dijanjikan dan membuat laporan polis sebelum majlis perkahwinan berkenaan berlangsung bagi tindakan selanjutnya.

Hoo berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Semalam, media melaporkan sebuah keluarga mendakwa kerugian lebih RM13,000 akibat ditipu pihak jurusaji bagi pakej kenduri kahwin hingga menyebabkan mereka terpaksa memasak sendiri hidangan untuk kenduri berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan