Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakyat Palestin menggunakan pelbagai cara untuk memindahkan air dari satu tempat ke satu tempat. Foto AFP

Konvoi bantuan WHO untuk dua hospital di Gaza dirampas penduduk yang kelaparan

ByBernama

MOSCOW, 26 Dis: Konvoi kemanusiaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membawa bekalan air dan makanan untuk dua buah hospital di utara Semenanjung Gaza, dirampas penduduk yang terdesak untuk mendapatkan makanan dalam kejadian pada Sabtu, menurut Ahmed Al-Mandhari, Pengarah Wilayah WHO untuk Mediterranean Timur.

“Kelaparan dan keadaan terdesak di Gaza mencapai tahap bencana.

“Makanan dan air yang dihantar ke dua hospital di utara Gaza pada 23 Disember diambil secara paksa oleh orang ramai yang terdesak untuk makan,” lapor Sputnik memetik kenyataan pejabat Al-Mandhari di X pada Isnin.

Beliau berkata hampir 2.2 juta orang di wilayah Palestin kini dalam krisis atau tahap ketidakjaminan makanan yang teruk.

Pada 8 Disember, pengarah Agensi Kerja dan Bantuan PBB untuk Palestin di Gaza, Thomas White berkata, beberapa kenderaan PBB telah dibaling batu dan konvoi bantuan dirompak dalam keadaan ketenteraman awam terjejas di Semenanjung Gaza. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan