KUCHING, 25 Dis: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyeru rakyat Malaysia supaya menjadikan sambutan perayaan sebagai asas untuk mengukuhkan perpaduan.
Perkara itu dinyatakan oleh Fadillah ketika mengucapkan Selamat Hari Krismas menerusi Facebooknya.
Perutusan Krismas 2023: Tun Abdul Taib seru pertahankan keharmonian Sarawak
“Selamat Hari Krismas kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.
“Jadikanlah setiap perayaan sebagai kunci utama ke arah keharmonian kaum serta kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya menerusi hantaran berkenaan.
Perutusan Krismas 2023: Tun Abdul Taib seru pertahankan keharmonian Sarawak
Fadillah turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2024. -TVS