Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Aziz Soleh (TVS).

Abang Johari saran Malaysia labur dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, jadikan negara hab serantau

ByMuqri Aziz

KUCHING, 25 Dis: Sarawak mencadangkan supaya Malaysia melakukan pelaburan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui bagi membolehkan negara menjadi hab tenaga berkenaan di rantau ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau telah mengusulkan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pertemuan mereka di Putrajaya pada Jumaat lepas.

Malaysia disaran labur dalam sektor tenaga boleh diperbaharui | TVS

Kata beliau, Malaysia boleh menjadi hab berkenaan memandangkan memiliki akses kepada sumber tenaga itu.

“Sekarang kita sudah bekalkan kepada Singapura selain Kalimantan, Indonesia.

“Pada tahun depan (Sarawak) akan bekalkan sumber tenaga kepada Semenanjung Malaysia, jadi seluruh negara akan disambungkan dan kita akan menjadi pembekal tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Rumah Terbuka Anglikan anjuran St Thomas Catheral Parish di sini hari ini.

Turut hadir isterinya, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Rumah terbuka berkenaan juga dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan dan Bishop Kuching Datuk Danald Jute.

Mengulas lanjut mengenai sektor tenaga diperbaharui, Abang Johari berkata, beliau mengusulkan perkara itu kepada Anwar susulan potensi besar yang wujud memandangkan Sarawak telah menjalin kerjasama dengan MASDAR yang merupakan syarikat ulung di dunia dalam sektor itu yang berpengkalan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Jumaat lepas, Anwar menerima kunjungan Abang Johari yang antara lain kedua-dua pihak bersetuju memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan.

Anwar berkata pertemuan empat mata itu menyentuh antara lain mengenai kerjasama dalam bidang tenaga hijau serta peluang pelaburan baharu yang meningkat di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan