Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kapal terbang mendarat di hadapan menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith di Sydney. Foto, AFP.

23 penerbangan di Lapangan Terbang Sydney dibatalkan pada Krismas

ByBernama

SYDNEY, 25 Dis: Sekurang-kurangnya 23 penerbangan keluar dan masuk dari Lapangan Terbang Sydney Australia dibatalkan pada Hari Krismas susulan hujan lebat dan banjir kilat sehari sebelum itu, Xinhua memetik media tempatan pada Isnin.

Papan ketibaan dan pelepasan Lapangan Terbang Sydney menunjukkan pembatalan 23 penerbangan menjelang 7 pagi Isnin (2000 GMT Ahad).

Meskipun lapangan terbang itu mengesahkan tiada gangguan operasi pada Isnin, namun ia berkemungkinan kesan daripada kelewatan dan pembatalan pada malam Krismas yang disebabkan oleh hujan lebat dan ribut petir, menurut laporan media tempatan.

Pembatalan pada Isnin termasuk tujuh penerbangan Virgin, enam Qantas, tiga Jetstar, serta beberapa penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat serantau kecil.

Virgin Australia mengesahkan pembatalan disebabkan cuaca buruk di Sydney dan kawasan sekitar sejak 24 jam lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan