KUCHING, 24 Dis: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat Kristian di seluruh negara.
Ucapan Perdana Menteri itu dikongsi menerusi poster di Facebook rasmi beliau petang ini.
“Moga sambutan ini menjadi momentum untuk selalu mencintai, mengasihani dan menebar kebaikan sesama insan tanpa mengira perbezaan latar belakang masyarakat.
“Kebersamaan seluruh rakyat dituntut agar negara terus membangun dari segi ekonomi, peningkatan pelaburan dan juga menoktahkan kemiskinan tegar,” kata Anwar.
Masyarakat beragama Kristian di Malaysia menyambut Hari Krismas pada esok (25 Disember). -TVS