Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuala Lumpur berjaya tarik 13.79 juta pelancong pada 2023. Foto Envato

Kuala Lumpur bandar raya keenam terima pelancong teramai, atasi New York

ByNadhir Azfar

KUCHING, 24 Dis: Kuala Lumpur menerima seramai 13.79 juta pengunjung dari seluruh dunia sepanjang tahun ini.

Menerusi Kajian Indeks Bandar Destinasi Global oleh Mastercard, ibu negara Malaysia itu berada di tangga keenam jumlah ketibaan pengunjung semalaman dan perbelanjaan rentas sempadan.

Kuala Lumpur berjaya mengatasi New York yang berada di kedudukan ketujuh dengan rekod 13.60 juta pelancong.

Tiga tempat teratas diduduki oleh Paris (kedua)dan London (ketiga) manakala Bangkok muncul sebagai bandar raya yang menerima jumlah pelancong paling banyak iaitu seramai 22.78 juta orang  sepanjang 2023.

Dubai pula di tempat keempat dengan menerima kehadiran 15.93 juta pelancong manakala Singapura kelima dengan jumlah 14.67 juta pengunjung pada tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan