Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto, TVS.

Krismas manifestasi penghormatan mendalam terhadap kepercayaan, adat dan tradisi rakyat Sarawak – Abang Johari

BySalasiah Safian

KUCHING, 24 Dis: Semangat perpaduan yang lama tersemai dalam kalangan rakyat Sarawak menyaksikan pelbagai perayaan disambut dengan meriah dan harmoni, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, di pihak kerajaan pula, pihaknya sentiasa melakukan yang terbaik untuk kemudahan rakyat terutamanya tempat ibadat.

Kekalkan budaya Sarawak, sambut perayaan pelbagai agama | TVS

Ujar beliau, ini bagi mengekalkan semangat berkenaan di Sarawak.

“Melalui semangat perpaduan dalam kepelbagaian ini, orang yang berbeza agama dan latar belakang kaum turut berkongsi keseronokan, menikmati Krismas sebagai manifestasi penghormatan yang mendalam terhadap kepercayaan, adat dan tradisi rakyat Sarawak.

“Selaras dengan keterangkuman sosial Sarawak, ia merupakan perkara yang baik untuk kita lakukan kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Khas Bersempena Sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2024 yang disiarkan secara langsung di TVS.

Berkenaan usaha menyediakan tempat ibadat yang selesa kepada rakyat, Abang Johari berkata, sebelum ini terdapat beberapa gereja dan kapel dalam keadaan yang menyedihkan.

Sehubungan itu kata Abang Johari, Kerajaan Sarawak yang prihatian telah menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi memastikan penganut agama lain selain Islam mendapat tempat yang selesa untuk beribadat.

“Beberapa pemimpin bukan Islam juga telah menunjukkan sikap yang sama dengan mengambil berat mengenai keperluan umat Islam di kawasan mereka.

“Sebagai contoh wakil rakyat di Belaga telah bermurah hati membantu masyarakat Islam di sana untuk membina sebuah masjid di kawasan tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, UNIFOR ditubuhkan bukan sahaja untuk menyalurkan dana malah  untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dalam kalangan rakyat pelbagai kepercayaan dan kaum di Sarawak.

Sementara itu, dengan sikap yang ditunjukkan oleh rakyat Sarawak beliau yakin ia akan dapat membantu kerajaan untuk mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM282 bilion menjelang 2030.

“Di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, KDNK kita dijangka berkembang daripada RM140 bilion kepada RM282 bilion menjelang 2030.

“Berdasarkan program pemangkin dan mempelbagaikan ekonomi, saya yakin sasaran berkenaan akan dapat dicapai,” katanya.

Sementara itu Abang Johari berkata, terdapat banyak bidang lain yang boleh diteroka terutamanya dalam teknologi hijau dan pendigitalan untuk menjana lebih banyak hasil dan mengembangkan lagi KDNK Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan