Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto TVS

Hampir RM800 juta disediakan perhebat infrastruktur asas Sarawak pada 2024

ByAkma Salleh

KUCHING, 24 Dis: Peruntukan RM799 juta kepada Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD) menunjukkan komitmen padu Kerajaan Sarawak untuk memperhebatkan infrastruktur asas di wilayah ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, menerusi perkara itu yang diumumkan di bawah Belanjawan Sarawak 2024, pelbagai projek infrastruktur akan dilaksanakan oleh MIPD.

Peruntukan lebih RM799 juta, perhebat infrastruktur asas Sarawak | TVS

Katanya ini membolehkan Sarawak memiliki lebih banyak jalan dan jambatan yang lebih baik.

“Ini juga akan menambah baik infrastruktur asas termasuklah kemudahan keselamatan dan kebolehcapaian di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD) berkata demikian menerusi perutusan khas hari ini sempena Sambutan Krismas 2023 esok.

Ketika penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang lepas, Douglas Uggah berkata, kementerian yang diterajui beliau akan melaksanakan empat program infrastruktur asas.

Ia melibatkan infrastruktur tanah yang bernilai RM441.755 juta, RM82.781 juta untuk infrastruktur sungai, RM259.6 juta untuk bangunan kerajaan dan RM15.385 untuk bangunan awam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan