JAKARTA, 24 Dis: Seramai 12 pekerja maut manakala 38 lagi melecur selepas sebuah kilang memproses nikel meletup di Taman Perindustrian Morowali Indonesia (IMIP), Morowali, Sulawesi Tengah.
Mangsa yang maut dalam kejadian itu disahkan sebagai tujuh warga Indonesia dan lima pekerja asing dari China.
Letupan pada pukul 6.30 pagi tadi berlaku di sebuah kilang milik PT Indonesia Tsingshan Stainless Steel (ITSS).
Jurucakap IMIP Dedy Kurniawan berkata, letupan bermula ketika sekumpulan pekerja sedang membaiki relau dan memasang plat pada relau berkenaan. -TVS