Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hujan lebat di India yang menyebabkan banjir besar telah mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang, lapor media tempatan pada Rabu.Foto hiasan, Envato.

Beberapa kawasan di Kelantan dijangka banjir bermula Ahad, penduduk diminta waspada

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Beberapa daerah di Kelantan dijangka dilanda banjir bermula Ahad ini hingga Isnin.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan ramalan awal banjir tersebut dikeluarkan susulan amaran hujan berterusan tahap buruk oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini.

Mangsa banjir di Kelantan, Perak meningkat malam ini

Daerah yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Menurut JPS ia membabitkan lembangan Sungai Golok, Sungai Kelantan, Sungai Pengkalan Nangka, Sungai Gali, Sungai Kemasin dan Sungai Semerak di daerah-daerah berkenaan.

JPS turut memaklumkan banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dijangka dan penduduk di kawasan terlibat diminta berwaspada, peka dengan arahan pihak berkuasa serta mendapatkan maklumat semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my atau laman Facebook PublicInfoBanjir

“JPS akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir monsun sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai tersebut,” menurut jabatan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan