Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pekebun warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya minggu lepas. Foto hiasan Envato

Tinggal anak dalam kereta hingga meninggal dunia, ibu didakwa

ByBernama

PETALING JAYA, 22 Dis: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak perempuannya dengan meninggalkan di dalam kereta sehingga meninggal dunia.

Wanita berusia 38 tahun itu yang berkerja sebagai peniaga mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Abai anak, ibu didakwa di mahkamah | TVS

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak kandungnya berusia dua tahun tiga bulan di hadapan sebuah rumah di Jalan PJU 1A/25, Ara Damansara di sini, antara 8 pagi hingga 3.15 petang, 8 Nov lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Anis Hakimah Ibrahim menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin namun peguam Datuk Hanif Hassan mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan tersebut.

“Akibat kejadian ini, anak guam saya trauma selama sebulan dan sepanjang siasatan dijalankan, dia telah memberikan kerjasama yang baik terhadap pihak berkuasa. Oleh itu saya mohon mahkamah memberikan jumlah jaminan rendah,” kata Hanif.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Kes akan disebut semula pada 30 Jan depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan