Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) giat mengesan mangsa-mangsa penipuan sindiket penjualan Darjah Kebesaran Pingat Persekutuan palsu.

SPRM kesan mangsa sindiket penjualan Darjah Kebesaran Pingat Persekutuan palsu

ByBernama

PUTRAJAYA, 22 Dis: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) giat mengesan mangsa-mangsa penipuan sindiket penjualan Darjah Kebesaran Pingat Persekutuan palsu yang ditumpaskan awal bulan ini.

Menurut sumber, difahamkan mangsa berkenaan telah diperdaya oleh seorang lelaki yang memegang jawatan utama dalam sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kes seleweng dana negara RM2.3 bilion: SPRM sita Menara Ilham

“Lelaki terbabit telah disiasat oleh SPRM baru-baru ini, namun agensi penguat kuasa memerlukan mangsa lain untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi berkata setakat ini, pihaknya telah mengenal pasti tujuh mangsa sindiket itu dengan lima daripadanya telah tampil memberi keterangan.

“Pihak kami percaya masih ada beberapa mangsa yang perlu tampil untuk membantu melengkapkan siasatan,” katanya.

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Muhammad Aiman Jamil menerusi talian 03-88700473 atau 017-2820484.

Pada awal Disember ini, SPRM menahan reman enam individu termasuk dua wanita dan presiden sebuah NGO berumur antara 30-an hingga 50-an kerana disyaki terbabit dengan sindiket penjualan Darjah Kebesaran Pingat Persekutuan palsu yang membawa gelaran Tan Sri dengan bayaran kira-kira RM2 juta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan