Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan penyelamat yang menyertai Ops SAR seorang lelaki warga Indonesia yang masih dilaporkan hilang di perairan Tanjung Syirik Pulau Bruit. Foto PGOB Sarawak

Laut bergelora, cabaran SAR warga Indonesia hilang di Tanjung Syirik

TANJUNG MANIS, 22 Dis: Angin kencang dan laut bergelora menjadi cabaran kepada pasukan penyelamat yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga Indonesia yang dilaporkan hilang di perairan Tanjung Syirik, Pulau Bruit.

Keadaan cuaca buruk itu memaksa pasukan SAR menangguhkan operasi pada jam 6.00 petang semalam sebelum diteruskan semula hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGOB) Sarawak dalam satu kenyatan hari ini memberitahu, pencarian hari kedua operasi menggunakan tiga buah aset Maritim.

“Laut bergelora dan berangin kencang menyebabkan operasi agak sukar. Namun, kita berharap keadaan itu kembali reda bagi memudahkan operasi yang memasuki hari ketiga hari ini,” katanya.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Rosli berusia 39 tahun dipercayai terjun ke laut untuk menanggalkan tali terbelit pada bebaling kapal yang dinaikinya sebelum dilaporkan hilang.

Kehilangan mangsa dilaporkan tekong kapal kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuching sebelum operasi mencarinya dilancarkan.

“Kejadian berlaku di kawasan perairan Tanjung Syirik, Pulau Bruit Daro yang jaraknya adalah 18.7 batu nautika iaitu kira kira 35 kilometer (km) dari utara kawasan Pulau Bruit Daro,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan