Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menyaksikan kedua-dua pihak bersetuju memperkukuh kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Anwar terima kunjungan Abang Johari, perkukuh kerjasama Persekutuan, Sarawak

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menyaksikan kedua-dua pihak bersetuju memperkukuh kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Menerusi catatan di Facebooknya, Anwar berkata pertemuan empat mata itu menyentuh antara lain mengenai kerjasama dalam bidang tenaga hijau serta peluang pelaburan baharu yang meningkat di negeri itu dan Semenanjung.

Pertemuan Premier Sarawak, Perdana Menteri teroka pelaburan baharu | TVS

Beliau turut memuat naik gambar pertemuan tersebut yang berlangsung di pejabatnya di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi.

“Kami turut bicara soal kerjasama erat dalam konteks Kerajaan Perpaduan yang pasti akan terus diperkuat demi rakyat terbanyak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan