KOTA BHARU, 21 Dis: Seorang wanita ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta di hadapan stesen minyak di Jalan Sultan Ibrahim, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 3.19 petang memaklumkan kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang wanita berumur 70 tahun terbabas di lokasi berkenaan.
Kata beliau, siasatan awal mendapati kenderaan mangsa dari arah Jalan Zainal Abidin bergerak perlahan ke Jalan Sultan Ibrahim dan tidak berhenti di simpang jalan.
Lelaki tikam kenalan wanita hingga tembus jantung selepas makan tengah hari
“Mangsa dipercayai tidak sedarkan diri dan terbabas serta melanggar pembahagi jalan,” katanya menerusi kenyatan media hari ini.
Mohd. Rosdi menambah, hasil siasatan mendapati kes itu tidak mempunyai unsur jenayah.
“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk tujuan bedah siasat,” tambahnya. -TVS