Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menunjukkan logo SUKSAR 2023 yang akan berlangsung di Sibu pada Januari depan. Foto, TVS.

Sukan Sarawak di Sibu pertandingkan 13 acara – Abdul Karim

KUCHING, 21 Dis: Sukan Sarawak (SUKSAR) edisi ketiga yang dijadual berlangsung di Sibu bulan depan bakal mempertandingkan sebanyak 13 acara, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak berkata, acara yang dipertandingkan termasuklah angkat berat, berbasikal, bola keranjang, bola tampar, futsal dan hoki.

Selain itu katanya temasya selama empat hari yang disertai oleh setiap zon di Sarawak ini juga akan mempertandingkan acara judo, karate, silat, sepak takraw, tinju, taekwando dan wushu.

“(Sebenarnya) SUKSAR juga merupakan platform untuk Sarawak memilih atlet pelapis bagi Sukan Malaysia (SUKMA) kelak.

“(Berkemungkinan atlet – atlet yang sertai SUKSAR) juga akan mewakili Sarawak pada SUKMA yang akan berlangsung di sini pada Ogos 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai penganjuran Sukan Sarawak (SUKSAR) di Bangunan Baitul Makmur 2 di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Karim turut memaklumkan, SUKSAR edisi ketiga ini juga bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai sukan ke setiap zon.

“(Oleh itu) apabila SUKSAR melibatkan semua bahagian di Sarawak, ia akan menimbulkan minat dan bahagian – bahagian ini perlu mencari atlet dalam sukan yang dipertandingkan,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan