Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kereta jenis Proton Waja yang merempuh pembahagi jalan di Jalan Betong-Spaoh pagi tadi. Foto, BBP Betong.

Pemandu maut, kereta rempuh pembahagi jalan di Betong

BETONG, 21 Dis: Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Waja yang dipandunya terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan di Jalan Betong-Spaoh di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada kira – kira pukul 6.30 pagi tadi, mangsa, Johnny Belikau Bari, 38, yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan.

Dua penumpang iaitu seorang perempuan berusia 17 tahun dan seorang lelaki berusia 23 tahun pula dikejarkan ke Hospital Betong akibat cedera parah.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 3 Sri Aman Penguasa Bomba Muhammad Rais Adham Rosalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.45 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Waja telah merempuh pembahagi jalan dan pemandunya masih tersepit di tempat duduk.

“Dua lagi penumpang masing-masing lelaki dan perempuan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan (DSP) Zamry Alli ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Kes, katanya disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan