Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata pada kunjungan hormat pertamanya ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa. Foto, Aziz Soleh (TVS).

Abang Johari mahu kawalan keselamatan di sempadan darat, laut Sarawak diperketat

ByAmirah Shawel

KUCHING, 21 Dis: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketat serta meningkatkan tahap kawalan keselamatan di sempadan darat dan laut wilayah ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, perkara itu dinyatakan oleh Abang Johari ketika beliau melakukan kunjungan hormat kali pertamanya sejak memegang jawatan berkenaan di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Menurutnya, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan terutamanya melibatkan aset dan logistik di sempadan.

Mohd Azman Pengarah JSPT Bukit Aman, Mancha Pesuruhjaya Polis Sarawak

“(Beliau) bimbang isu sempadan di darat dan laut (dan mahu) ditambah baik. Perkara ini perlu diberi perhatian segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas kunjungan hormat itu.

Sementara itu, menyentuh mengenai kadar jenayah indeks di Sarawak, Mancha berkata, terdapat kenaikan satu peratus bagi tempoh Januari hingga Disember tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Kata beliau, statistik juga menunjukkan 90 peratus kes jenayah di Sarawak berjaya diselesaikan setakat ini.

“Ini menunjukkan keadaan jenayah di sini terkawal. Namun demikian usaha berterusan tetap diteruskan untuk mengawal keadaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan