KUCHING, 20 Dis: Syarikat penerbangan milik Kerajaan Sarawak dijangka akan memulakan operasinya pada suku kedua atau ketiga tahun hadapan.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini usaha wajar mengendalikan aset-aset milik MASwings sedang dilaksanakan.
Kerajaan setuju Sarawak miliki syarikat penerbangan sendiri – Anwar
“Selepas kesemua proses ini selesai, kita akan ambil alih MASwings.
“Mereka juga telah bersetuju secara prinsipnya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan buku The Life of Polycarp Sim Cheng Mong di sini hari ini.
Kerajaan setuju Sarawak miliki syarikat penerbangan sendiri – Anwar
Sebelum ini Abang Johari memaklumkan, Kerajaan Sarawak akan mengambil alih MASwings untuk dijenamakan semula sebagai syarikat penerbangan butik miliknya.
Sementara itu, Abang Johari berkata, dua kementerian yang terlibat dengan menjayakan operasi syarikat penerbangan itu ialah Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak yang akan mengkaji potensi pemasaran, selain Kementerian Pengangkutan.
Kerajaan setuju Sarawak miliki syarikat penerbangan sendiri – Anwar
Tambah Abang Johari, terdapat dua faktor pengambilalihan MASwings termasuk bertujuan untuk menyeragamkan tambang penerbangan.
“Tambang (penerbangan) sekarang tidak dikawal, jadi kita perlu stabilkan tambang, maksudnya kita akan tetapkan tambang dan syarikat penerbangan lain perlu ikut.
“Industri penerbangan adalah pelaburan infrastruktur, seperti membina jambatan atau jalan raya.
“Janganlah kita mengira keuntungan sahaja. Saya melihat ia sebagai satu infrastruktur,” tambah Abang Johari. -TVS