Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Roti canai sekali lagi mendapat pengiktirafan global, apabila dinobatkan sebagai hidangan kedua terbaik di dunia. Foto, Envato

Roti canai Malaysia dinobatkan sebagai hidangan kedua terbaik dunia

ByDayu Adruce

KUCHING, 20 Dis: Roti canai sekali lagi mendapat pengiktirafan global apabila dinobatkan sebagai hidangan kedua terbaik di dunia.

Portal antarabangsa terkenal, Taste Atlas telah menyenaraikan hidangan sarapan popular Malaysia itu di tempat kedua dalam 100 Hidangan Terbaik Dunia 23/24.

Selain itu juga, restoran Nasi Kandar Pelita dan Sri Nirwana Maju turut disenaraikan sebagai tempat yang menghidangkan roti canai paling ikonik.

Senarai terbaharu yang dikeluarkan menunjukkan hidangan picanha iaitu sejenis potongan daging lembu yang berasal dari Brazil telah dinobatkan sebagai makanan terbaik dunia untuk penarafan edisi kali ini.

Phat Kaphrao dari Thailand pula dipilih sebagai hidangan ketiga terbaik manakala makanan terkenal Itali, Pizza Napoletana dan ladu guotie dari China masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Senarai berkenaan juga menunjukkan roti canai telah mengalahkan roti naan bawang putih mentega yang terkenal di India dan sandwich Vietnam, banh mi thit dan tonkatsu ramen dari Jepun.

Sebelum ini, pada September lepas, Taste Atlas juga telah menabalkan roti canai sebagai roti terbaik dunia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan