Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang mengesan sekumpulan individu disyaki membakar sebuah kedai vape di Taman Ria di Port Dickson seperti video tular di X. Foto hiasan, Envato.

Polis buru individu bakar kedai vape di Port Dickson

ByBernama

SEREMBAN, 20 Dis: Polis sedang mengesan sekumpulan individu disyaki membakar sebuah kedai vape di Taman Ria di Port Dickson seperti video tular di X.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya mengesan dua video berdurasi satu minit 18 saat dan 15 saat dimuat naik oleh pemilik akaun @anthraxxx781, pada 6.30 petang semalam.

“Kebakaran itu berlaku pada Isnin, lebih kurang 9.50 malam melibatkan sebuah kedai vape. Api telah dipadamkan oleh bomba.

“Anggaran jumlah kerugian adalah RM50,000. Polis sedang giat menjalankan risikan dalam usaha mengesan suspek terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Aidi Sham berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Mohamad Danial Abd Rohim di talian 013-2226085. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan