Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah menetapkan sejumlah 18 barangan diwartakan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang berkuat kuasa hari ini hingga 19 April depan. Foto Envato

MAQIS rampas 1,780kg daging lembu dari Australia

ByBernama

SEPANG, 20 Dis: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 1,780 kilogram (kg) daging lembu dari Australia bernilai kira-kira RM250,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo, Jumaat lepas, kerana maklumat sijil halal mengelirukan.

Pengarah MAQIS Selangor Mohd Sobri Md Hashim berkata, daging Chilled Beef Boneless dan Bone In itu dibawa masuk oleh syarikat tempatan yang mempunyai permit import sah daripada MAQIS.

“Pemeriksaan terhadap daging berkenaan mendapati tarikh penyembelihan dinyatakan dalam sijil halal tidak sama dengan tarikh penyembelihan yang tertera pada kotak dan pembungkus daging,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengisytiharkan maklumat mengelirukan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan