Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tertuduh (tengah) diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Limbang. Foto Polis Limbang

Penganggur dipenjara 8 tahun, 10 sebatan kerana miliki dadah

LIMBANG, 19 Dis: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lapam tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Majistret Limbang pada Isnin selepas didapati bersalah memiliki 37.90 gram dadah berbahaya jenis methamphetamine tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen, Shafiza Abdul Razak Tready menjatuhkan hukuman itu kepada Abdul Rahman Rashid, 36 tahun selepas Mahkamah Sesyen mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan kesalahan terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki dadah berbahaya di sebuah rumah bertingkat Kampung Bunga Raya, pada 7 Oktober 2022 jam 12.30 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau suatu tempoh yang tidak kurang dari lima tahun dan hendaklah dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.

Bagi kesalahan tersebut, hakim Mahkamah Limbang telah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan dan memerintahkan hukuman dari tarikh ditangkap pada 7 Oktober 2022.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chrissie Ngiron ak Mijun manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hukuman yang dikenakan ke atas tertuduh setimpal kerana ia membabitkan kepentingan awam yang lebih tinggi daripada kepentingan individu tertuduh iaitu bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang najis dadah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan