Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Datuk Hanifah Hajar Taib melakukan kunjungan hormat bertemu Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini. Foto, TVS.

PADU bantu kerajaan salur subsidi lebih adil

KUCHING, 19 Dis: Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan digunakan tahun depan akan membantu kerajaan menyalurkan subsidi kepada golongan yang layak.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar berkata, pengenalan sistem berkenaan juga akan menyelesaikan masalah data yang kurang tepat serta sering berubah.

Kata Hanifah, maklumat yang dikumpulkan oleh sistem berkenaan adalah berdasarkan data lengkap agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“PADU akan memudahkan kementerian serta agensi kerajaan melaksanakan subsidi bersasar.

“Kita akan mendapat maklumat yang mencukupi dan seterusnya dapat memberikan subsidi kepada golongan yang memerlukan kerana datanya sentiasa dikemaskini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Hanifah memberitahu, penggunakan sistem berkenaan yang juga secara dalam talian itu dijangka akan bermula pertengahan tahun depan.

“Segala maklumat yang diperolehi daripada agensi agensi kerajaan perlu disemak.

“Contohnya kad pengenalan, lokasi tempat kerja, maklumat keluarga, tanggungan, anggaran gaji dan sebagainya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan