Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita warga tempatan berusia 26 tahun mati dipercayai berpunca dari ditikam menggunakan sebilah pisau oleh seorang lelaki di Jalan Bayu Tinggi 5, Klang pada Isnin. Foto IPD Klang Selatan.

Lelaki tikam kenalan wanita hingga tembus jantung selepas makan tengah hari

ByElani Rosllan

KLANG, 19 Dis: Seorang wanita tempatan maut selepas dipercayai ditikam beberapa kali dengan pisau oleh kenalan lelakinya dalam kejadian di Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Chi Liung, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner (ACP) Cha Hoong Fong berkata, sebelum kejadian mangsa yang berusia 26 tahun sempat menikmati makan tengah hari di sebuah restoran berhampiran bersama suspek.

Katanya, mereka berdua kemudian pergi berhampiran kereta jenis Chevloret berwarna kelabu yang diparkir tidak jauh dari situ.

“Lelaki itu bertindak menikam mangsa beberapa kali pada bahagian badan dan kemudian memasukkannya ke dalam kereta sebelum beredar.

“Suspek yang berusia 44 tahun dipercayai membawa mangsa ke rumahnya di Jalan Sungai Nibong, Kapar,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Hoong Fong berkata, suspek cuba mengejutkan mangsa namun wanita itu tidak sedar.

“Suspek kemudian telah mencederakan dirinya dengan menikam bahagian badan beberapa kali,” katanya.

Sepasukan anggota polis yang tiba di tempat kejadian pada pukul 4.20 petang kemudian bertindak menahan suspek.

“Pemeriksaan mendapati wanita itu yang berada di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta tidak sedarkan diri dan kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Siasatan di tempat kejadian juga berjaya menemukan pisau yang dipercayai digunakan oleh suspek,” katanya.

Menurut Hoong Fong, bedah siasat terhadap mangsa yang dijalankan hari ini mendapati terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian depan dan belakang badan.

“Punca kematian adalah disebabkan kesan tikaman di dada yang menembusi jantung mangsa,” katanya.

Katanya suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan