Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng merasmikan Kejohanan Pingpong Remaja dan Kadet Malaysia Ke-41 di Kuching malam tadi. Foto: TVS

Kejohanan Pingpong platform serlah kebolehan, bakat

KUCHING, 19 Dis: Kejohanan Pingpong Remaja dan Kadet Malaysia Ke-41 menjadi platform terbaik untuk mempamerkan kebolehan dan bakat pemain yang menyertai pertandingan itu.

Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng, ia memberi peluang kepada para pemain menilai kekuatan dan kelebihan lawan sambil mengenal pasti kelemahan mereka sendiri.

Jelasnya, beliau yakin prestasi pemain dalam kejohanan itu menjadi kayu ukur kepada negeri-negeri menilai dan memilih peserta ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

“Kejohanan ini menawarkan peluang kepada pemain menilai kekuatan dan kelebihan lawan masing-masing.

“Saya yakin prestasi pemain dalam kejohanan ini akan menjadi platform pemilihan peserta ke sukan SUKMA 2024,” katanya.

Beliau berucap mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di majlis itu malam tadi.

Seramai 14 pasukan termasuk wakil dari Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur serta negeri lain menyertai kejohanan itu dengan jumlah 295 pemain pingpong.

Pertandingan yang berlangsung selama 5 hari itu akan menentukan pingat bagi kategori lelaki dan wanita bawah 19 serta 15 tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan