Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan Lebuhraya Pan Borneo di Bukit Begunan, Sarawak. Foto, Fiqri Razak (TVS).

Projek Pan Borneo Sabah diberi perhatian serius supaya siap ikut jadual

ByBernama

PONTIAN, 17 Dis: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah diberi perhatian serius supaya ia dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak sudah selesai pada pertengahan tahun ini dan akan dibuka pada bila-bila masa sahaja.

Beliau berkata pergerakan projek itu di Sabah pula agak lambat kerana terdapat beberapa isu tempatan serta masalah teknikal.

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak menanti ketibaan Kembara Kenali Borneo

“Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dijangka selesai dengan penganugerahan tender pada suku pertama tahun depan.

“Justeru, saya akan pastikan projek prasanana untuk rakyat Sabah (termasuk) yang membabitkan Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu akan dipercepat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Hibrid Baharu Nanas Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Stesen MARDI di sini hari ini.

Ahmad berkata KKR juga akan memastikan pelaksanaan setiap projek pembangunan akan dipercepat sebagaimana yang diharapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak menanti ketibaan Kembara Kenali Borneo

Ahli Parlimen Pontian itu berkata Perdana Menteri sudah memberi peringatan kepada semua kementerian termasuk KKR dan berharap pelaksanaan projek pembangunan rakyat yang disenarai akan dipercepat.

“Dengan perkataan lain, beliau ingin saya membantu mempercepat pelaksanaan projek pembangunan yang melibatkan KKR,” katanya.

Pada 7 Disember lepas, Anwar meminta agar pembangunan kemudahan rakyat Sabah termasuk bekalan air, elektrik dan Lebuhraya Pan Borneo dipercepat tanpa sebarang alasan lagi.

Ini kerana terdapat projek pembangunan untuk kemudahan rakyat di negeri itu tertangguh antaranya Empangan Hidroelektrik Ulu Padas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan