Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kanak-kanak teruja ketika dipancutkan semburan air semasa menyertai majlis khatan di Program Berkhatan DUN Asajaya hari ini. Foto TVS

Program khatan beramai-ramai bantu kurangkan beban keluarga – Karim

ASAJAYA, 17 Dis: Program berkhatan beramai-ramai dilihat menjadi alternatif terbaik membantu keluarga kurang berkemampuan menunaikan tuntutan berkenaan bagi anak-anak lelaki.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jika dilakukan di klinik perubatan swasta, kosnya sekitar RM100 hingga RM250 bagi seorang anak lelaki itu.

Menurutnya, kos yang perlu dikeluarkan tersebut agak membebankan, jika keluarga terlibat mempunyai lebih seorang anak lelaki yang perlu dikhatankan pada waktu sama.

“Di klinik swasta apabila membabitkan pembedahan kecil kosnya pastinya akan tinggi iaitu sekitar RM100 hingga RM 250.

“Kalau keluarga itu keluarga yang pendapatan isi rumahnya rendah jumlah RM150 hingga RM250 itu agak besar dan kalau mereka ada dua orang anak, hanya seorang sahaja yang dapat dikhatankan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Berkhatan DUN Asajaya di sini, hari ini.

Tambah Karim, ramai ibu bapa khususnya yang tinggal di kawasan bandar mengakui peningkatan kos berkhatan tersebut memberikan kesan kepada mereka.

Justeru katanya, penganjuran program seumpama itu sedikit sebanyak akan memberikan sedikit kelegaan kepada ibu bapa untuk mengkhatan anak lelaki mereka.

Seramai 82 kanak-kanak di sekitar kawasan Asajaya dikhatan secara percuma pada program anjuran Pengurusan Masjid An-Najah bersama panel penasihat Kesihatan Klinik Asajaya, Klinik Asajaya, Jabatan Pembedahan Hospital Umum Sarawak serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan