Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, merangkap Pro Canselor Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan skrol kepada salah seorang graduan pada Majlis Konvokesyen UTS ke-8 di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, UTS hari ini. Foto TVS

Premier Sarawak sampai skrol kepada 297 graduan UTS

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SIBU, 17 Dis: Premier Sarawak merangkap Pro Canselor Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan skrol kepada 297 graduan pada Majlis Konvokesyen UTS ke-8 di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, UTS hari ini.

Graduan berkenaan terdiri daripada tiga penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana seramai 26 graduan dan 268 lagi penerima Ijazah Sarjana Muda.

Konvokesyen kali ini turut menyaksikan majlis penyampaian Anugerah Canselor kepada tiga graduan yang terpilih menerusi kecemerlangan akademik dan kokurikum sepanjang pengajian di universiti berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak merangkap Pengerusi UTS, Datuk Dr Annuar Rapaee dan Naib Canselor UTS, Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid.

Menurut Datuk Dr Khairuddin, kadar kebolehpasaran graduan UTS adalah antara paling tertinggi di Malaysia, iaitu 97.53 peratus setakat Oktober 2023.

“Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada para akademik di atas komitmen dan dedikasi yang luar biasa sehingga berjaya membimbing dan menjadikan para graduan kita sebagai ahli masyarakat dan rakyat yang berilmu, bertanggungjawab dan dapat menyumbang kepada pembangunan serta kesejahteraan Sarawak dan Malaysia.

“Juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan industri UTS yang telah banyak membantu kami.

“Mereka telah terlibat sebagai panel penasihat kepada program akademik, memberi peluang kerjasama dalam projek penyelidikan, penganjuran program latihan dan seminar secara bersama, menerima pelajar UTS sebagai pelatih dalam memenuhi keperluan latihan industri dan juga bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa dan hadiah serta anugerah kecemerlangan pelajar,” katanya.

Untuk rekod, UTS diiktiraf sebagai satu-satunya universiti TVET di Sarawak dengan matlamat untuk melahirkan modal insan yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi untuk industri baharu dan sedang pesat membangun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan