Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MetMalaysia hari ini mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat yang bergerak ke arah barat kira-kira 396 kilometer (km) timur laut Davao, Filipina.Foto hiasan, Envato.

MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Jelawat

ByBernama

SANDAKAN, 17 Dis: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat yang bergerak ke arah barat kira-kira 396 kilometer (km) timur laut Davao, Filipina.

Menurut MetMalaysia, ribut berkenaan berada pada kedudukan kira-kira 1,254 km timur laut Sandakan dan bergerak 20 km sejam serta boleh mencapai halaju maksimum 65 km sejam.

Bagaimanapun, menurut jabatan itu ia tidak mendatangkan kesan signifikan kepada Malaysia dan cuaca di sini cerah dengan hujan renyai-renyai sekejap pagi tadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan