Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng, menyampaikan cenderamata kepada penaja selepas merasmikan pelepasan Larian amal "Love Our Ocean Charity Run 2023" di Kuching hari ini. Foto TVS

MBKS sokong aktiviti sihat

KUCHING, 17 Dis: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran aktiviti sihat di dalam kawasan persekitarannya.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng berkata, masyarakat perlu menggunakan persekitaran MBKS sebagai satu tempat untuk menjalankan aktiviti yang bermanfaat kepada semua orang.

Jelasnya, kawasan tersebut merupakan kawasan awam dan adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk mengekalkan kemudahan yang ada.

Oleh itu, beliau menyeru agar mana-mana pihak yang ingin menggunakan kawasan MBKS untuk aktiviti sihat maka mereka boleh tampil ke hadapan untuk mendapatkan bantuan dari pihaknya.

“Kami tahu bahawa ini semua untuk MBKS dipanggil kawasan awam jadi sila gunakan sepenuhnya.

“Jadi kami merayu sekali lagi mereka yang ingin membuat aktiviti yang sihat sila tampil ke hadapan dan kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu semua orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan pelepasan Larian amal “Love Our Ocean Charity Run 2023” di sini, hari ini.

Lebih 3,000 peserta telah menyertai larian dalam dua kategori iaitu larian sejauh lima kilometer dan tiga kilometer.

Katanya, penyertaan dari masyarakat menunjukkan satu usaha untuk mewujudkan kesedaran tentang pentingnya mempunyai bandar serta masyarakat yang sihat.

“Anda bergaul antara satu sama lain kerana anda meletakkan semua kumpulan yang tidak mengenali antara satu sama lain dari kampung yang berbeza dari kawasan perumahan yang berbeza tetapi mereka datang untuk tujuan yang baik,” katanya.

Beliau berkata, larian amal itu juga telah memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan para peserta itu sendiri sambil mereka melakukan aktiviti larian kebajikan beramai-ramai.

Melalui aktiviti tersebut, mereka mampu untuk menyumbang kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memerlukan dana atau bantuan.

Untuk rekod, sebanyak RM20,000 telah disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Janah Komuniti Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan