Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Kali Kelapan di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, UTS hari ini. Foto, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Abang Johari mahu graduan terlibat jayakan misi Sarawak juarai ekonomi hijau global

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SIBU, 17 Dis: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggesa graduan supaya bersama – sama dengan Kerajaan Sarawak untuk mencapai impian menjuarai ekonomi mampan di peringkat global.

Premier Sarawak itu berkata, ini selari dengan era baharu pembangunan dunia yang menekankan aspek kelestarian dan ketika ini kata beliau wilayah ini telah beralih kepada sektor ekonomi berkenaan.

Ujar Abang Johari, di peringkat antarabangsa, pemimpin dunia juga sedang membincangkan peraturan pelepasan sisa industri yang lebih mesra alam.

Abang Johari tiba di Dubai, hadiri Persidangan Perubahan Iklim PBB

“Ada yang mengatakan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada minggu lepas menandakan permulaan era baharu (iaitu berakhirnya penggantungan terhadap) bahan api fosil.

“Ini bermaksud kita telah bergerak ke arah ekonomi hijau.

“(Dalam soal ini) Sarawak bertuah kerana kita bukan (wilayah) yang mengeluarkan karbon sebaliknya merupakan paru – paru dunia kerana menghasilkan oksigen, mereka (masyarakat global) bercakap tentang karbon sifar bersih (dan Sarawak memilikinya),” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Kali Kelapan di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, UTS hari ini.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut merasmikan kafe baharu di UTS, ‘UTS Street Cafe’. Foto: Lorenzo Isaac (TVS)

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak yang juga Pengerusi UTS, Datuk Dr. Annuar Rapaee dan Naib Canselor UTS, Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid.

Pada majlis itu, Abang Johari yang juga Pro Canselor UTS menyampaikan skrol kepada 297 graduan.

Abang Johari tiba di Dubai, hadiri Persidangan Perubahan Iklim PBB

Meneruskan ucapan, Abang Johari mahu graduan supaya bersama – sama dengan Kerajaan Sarawak untuk menghadapi cabaran baharu ekoran landskap ekonomi global yang telah berubah.

“Kita mesti mengekalkan kedudukan Sarawak (sebagai pengeluar utama tenaga hijau di rantau ini) ketika melangkah ke era baharu pembangunan global.

https://youtu.be/ITOREvYxQ8g

“Tenaga hijau merupakan kata kuncinya dan Sarawak memilikinya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan