Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Simbolik Pemotongan Kek sempena Majlis Makan Malam Pra Krismas Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) yang disempurnakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini, malam tadi. Foto Fiqri Razak

SDNU digesa bantu komuniti percepat urusan pemilikan surat NCR

ByAkma Salleh

KUCHING, 16 Dis: Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) digesa untuk  membantu komunitinya mempercepatkan proses penyukatan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jika proses itu dapat diusahakan dengan cepat maka surat pemilikan tanah juga dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

“Ini sudah menjadi komitmen Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan surat pemilikan tanah kepada rakyat, dan saya berharap SDNU dapat mengkaji perkara ini bersama DBNA kerana SDNU mempunyai 49 cawangan aktif dengan seramai 35,000 ahli.

“Jadi dengan penglibatan SDNU ia boleh membantu mempercepatkan proses pemilikan tanah ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pra Krismas Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut Uggah berkata, Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kini sedang bergiat aktif merealisasikan reformasi ekonomi negara menerusi pemerdagangan karbon.

Justeru katanya, semua pihak termasuk SDNU perlu mengkaji dan mempelajari bidang baharu berkenaan  selari dengan peralihan negara kepada ekonomi baharu.

“Sekarang ini kita ada menyentuh mengenai perdagangan karbon. Mungkin ada sebahagian daripada tanah NCR ini yang dapat menyertai program perdagangan ini. Tetapi sebelum itu, kita hendaklah meneliti dan mengenal pasti siapa tuan empunya tanah tersebut,” katanya lagi.

Untuk rekod, setakat 31 Oktober 2023, sebanyak 77,954 lot individu telah berjaya diukur yang melibatkan kawasan seluas 94,979 hektar atau 234,693 ekar yang telah dan akan dikeluarkan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah, Presiden SDNU, Tan Sri William Mawan Ikom, dan Timbalan Presiden SDNU, Christopher Gira Sambang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan