Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berucap semasa Majlis Pekebun Kecil Makmur (PKM) dan Penyampaian Dividen Agropolitan Ulu Awik di Saratok pada Jumaat. Foto TVS

RISDA laksana lebih banyak inisiatif tingkatkan hasil getah

SARATOK, 16 Dis: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bakal melaksana lebih banyak inisiatif dalam memastikan pulangan pendapatan yang lebih lumayan melalui hasil penanaman getah.

Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, salah satu usaha yang cuba dibawa adalah melalui penjualan lateks atau susu getah.

Jelasnya, beberapa depo bakal dibangunkan di kawasan Betong dan Saratok khususnya di kawasan penanaman bersepadu bagi mengumpul hasil susu getah yang mempunyai nilai harga yang lebih tinggi.

“Yang bakal diusahakan bagi mendapat pulangan yang lumayan adalah memperkenalkan jualan lateks atau susu getah yang mana kita cuba melaksanakan depo-depo lateks di kawasan penanaman bersepadu seperti Ulu Awik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pekebun Kecil Makmur (PKM) dan Penyampaian Dividen Agropolitan Ulu Awik di Saratok pada Jumaat.

Tambahnya, cabaran jarak dan masa untuk menghantar susu getah ke kilang pemprosesan antara yang perlu diatasi sehingga orang ramai lebih memilih untuk menghasilkan getah sekerap.

Oleh itu, beliau menegaskan bahawa keperluan depo dan juga teknologi berkaitan dalam mengekalkan susu getah dalam keadaan baik amat diperlukan bagi memastikan pengumpulan dapat diperluaskan sebelum di hantar ke kilang.

“Banyak getah dijadikan getah sekerap sebab proses menghantar susu getah di ladang ke kawasan berkenaan memakan masa selain jaraknya yang jauh.

“Sebab itu kita memerlukan depo dan juga teknologi untuk mengekalkan susu getah itu dalam keadaan yang baik dan salah satu inisiatif kita adalah memperbanyakkan lagi pusat pengumpulan susu getah,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan