Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Leo Mato, Ulu Baram, Khamis lalu ditemukan lemas pagi tadi. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

3 hari hilang, lelaki warga emas ditemukan lemas

BARAM, 16 Dis: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Leo Mato, Ulu Baram, di sini, Khamis lalu ditemukan lemas pagi tadi.

Mayat Sirang Bilong, 81, dijumpai masih dalam keadaan baik dan sempurna, lima kilometer di lubuk berhampiran dengan muara Sungai Selongo sekitar jam 9.05 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi menerima laporan berhubung kes itu daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi jam 9.05 pagi Khamis.

“Kawasan kejadian agak jauh di pedalaman Ulu Baram. Akses jalan raya hanya melalui jalan balak. Kebanyakan jalan rosak akibat hujan dan memerlukan kenderaan yang sesuai (offroad) untuk ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan jam 8 pagi tadi dengan mensasarkan tepi sungai sepanjang 10 kilometer menyusuri sungai dan memfokuskan di lokasi penemuan anjing, seluar jeans dan perahu milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak waris tidak mahu mayat dibedah siasat dan mayat mangsa telah dibawa waris ke rumah panjang dan akan dikebumikan esok.

“Dengan penemuan mayat mangsa operasi SAR yang disertai pihak polis dan penduduk kampung ditamatkan jam 10 pagi tadi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan