Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Lo Khere Chiang pada majlis pembukaan bilik pembelajaran baharu Pusat Tuisyen Ingenious di Kota Sentosa, Kuching pada Rabu. Foto: TVS.

Pusat Tuisyen Ingenious sedia pendidikan berkualiti, ruang pembelajaran selesa

KUCHING, 14 Dis: Pusat Tuisyen Ingenious yang bakal meraikan ulang tahun ke-18 penubuhannya pada tahun depan terus beriltizam menyediakan pendidikan dan kemudahan berkualiti untuk para pelajarnya.

Pengetua Pusat Tuisyen Ingenious, Karen Sia berkata sejajar dengan matlamatnya menyediakan kemudahan pendidikan terbaik turut merangkumi penambahan dua bilik pembelajaran menjadikannya kini empat bilik.

Pusat Tuisyen Ingenious menyediakan pembelajaran berkualiti dan ruang selesa.

“Kemudahan pengajaran yang moden akan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan berkesan kepada para pelajar.

“Kami yakin peningkatan kualiti persekitaran pembelajaran akan lebih baik dan memenuhi keperluan pelajar dan ibu bapa, menyediakan perkhidmatan pendidikan yang lebih menyeluruh dan profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pembesaran ruang Pusat Tuisyen Ingenious di Kota Sentosa pada Rabu. Perasmian disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang.

Pusat Tuisyen Ingenious menawarkan pendidikan tambahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Sia berkata lagi, pendidikan bukan sekadar mengajar akademik tetapi juga membentuk personaliti dan menggilap bakat anak muda agar dapat menyumbang terhadap pembangunan negara.

Sehubungan itu, pusat tuisyen ini akan terus mematuhi prinsip-prinsip pendidikan dan berusaha mencipta persekitaran pembelajaran yang penuh kasih sayang untuk setiap pelajar.

Sementara itu penasihat akademiknya, Liew Kian Lee percaya pendidikan berkualiti dapat mengubah kehidupan seseorang agar lebih baik.

Beliau berkata, pendidikan bukan sahaja misi dan komitmen, tetapi juga satu daya yang sangat kuat.

“Sejak 17 tahun, pusat ini menyaksikan pertumbuhan ramai kanak-kanak dan pencapaian mereka dalam pelajaran sebagai daya pendorong untuk terus maju,” ujarnya.

Seorang lagi penasihat akademiknya, Wong Paik San berkata standard pengajaran di pusat berkenaan amat dititikberatkan.

Beliau berkata pusat ini berazam menyediakan persekitaran pembelajaran yang sihat, bersih, selamat dan kondusif untuk para pelajar.

Pusat ini juga akan menggunakan teknologi pengajaran terkini dan memberi tumpuan kepada program pembangunan profesional untuk memastikan pasukan pengajar sentiasa komited mendidik para pelajar.

Dalam pada itu, pelajarnya Vong Lok Ko berkata guru-guru tuisyen sentiasa prihatin dan menjadi pembimbing perkembangan akademik.

“Jika terdapat sebarang kekeliruan, guru dapat memberikan bimbingan serta-merta dan membetulkan kerja sekolah, melatih agar ‘kerja hari ini, selesai hari ini’ tanpa kelewatan,” katanya.

Pelajar Axton Chia Jia Zhun berkata setelah belajar di pusat ini, beliau menjadi lebih berdikari dan yakin.

“Guru-guru di sini sangat profesional dan memberi perhatian kepada kemajuan pembelajaran setiap pelajar,” jelasnya.

Ini dipersetujui seorang lagi pelajar, Edmund Chin Ying Hung yang berkata pusat ini menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik.

“Dengan penambahan ruang yang baru, pelajar merasa lebih selesa semasa belajar,” katanya.

Sementara itu, Khere Chiang dalam ucapannya, memberikan kata-kata semangat kepada pelajar agar merebut peluang yang ada untuk belajar bersungguh-sungguh.

Menurutnya, negara memerlukan lebih banyak modal insan berkualiti dalam menyokong kemajuan negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan