Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandangan pekan Daro dari udara. Pada tahun depan, antara projek besar akan dilaksanakan di DUN Daro adalah pembinaan pasar tani dan tebingan sungai Daro yang masing-masing bernilai RM500 juta dan RM35 juta. Foto: FB DUN Daro

Pembinaan tebingan sungai, pasar tani antara projek besar dilaksanakan di DUN Daro tahun depan

DARO, 14 Dis: Pelaksanaan beberapa lagi projek baharu berimpak tinggi yang bermula tahun depan bukan sahaja bakal mengubah landskap pembangunan di kawasan Daro tetapi juga membawa manfaat besar kepada penduduk di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata antara projek terbesar termasuk pembinaan tebingan sungai Daro dan pasar tani yang masing-masing bernilai RM35 juta dan RM15 juta.

Pembinaan pasar tani katanya, merupakan projek pertama yang bakal menyediakan prasarana lengkap dan moden kepada peniaga kecil sekitar Daro.

“Tapak yang akan dibina itu merupakan satu tempat yang kekal untuk mereka berniaga dan ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada peniaga tetapi juga pengunjung yang ingin mendapatkan produk pertanian,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu kata beliau, kerajaan juga tidak lupa aspek pembangunan modal insan melalui pembinaan pusat sumber digital yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk kegunaan generasi muda khususnya golongan pelajar.

Pada masa sama, ujarnya tender untuk pembinaan bandar baharu Daro fasa II yang sudah pun dikeluarkan selepas kerja menembok tapak projek itu siap sepenuhnya dan projek itu dijangka bermula pada suku pertama tahun depan.

“Tidak sekadar itu, bagi membela nasib golongan Orang Kurang Upaya (OKU), kerajaan turut memperuntukkan RM1.3 juta untuk membina sebuah pusat pemulihan dalam komuniti kekal yang juga bakal bermula tahun depan.

“Dalam pada itu, projek pembinaan bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Penasu yang baharu berharga RM42 juta juga dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2024,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan