Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kelihatan anggota polis forensik di pekarangan penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mattin dalam usaha mengumpul bukti baharu bagi menjejaki pembunuh kanak-kanak tersebut, 200 meter dari kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini. Foto: Bernama

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

ByBernama

PETALING JAYA, 13 Dis: Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

Tanpa mendedahkan perincian lanjut objek dan barang berkenaan, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa, bagi polis mendapatkan petunjuk dalam usaha memberkas suspek yang bertanggungjawab membunuh kanak-kanak malang berusia enam tahun itu.

“Sukar nak terima Zayn Rayyan sudah tiada” – Ibu

“Kami perlu analisa kesemua penemuan ini terlebih dahulu dan terus mengumpul bukti secukupnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Selain itu, Hussein berkata polis turut mengeluarkan arahan kepada penduduk di apartmen itu untuk terus kekal di kediaman mereka, namun dalam masa yang sama masih boleh menjalani rutin harian seperti biasa.

“Sukar nak terima Zayn Rayyan sudah tiada” – Ibu

Beliau berkata pihak polis akan memanggil mereka yang berkenaan jika diperlukan untuk melakukan ujian DNA beramai-ramai.Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati anggota Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor, masih terus mempergiat usaha operasi mencari petunjuk baharu bagi menyelesaikan misteri kes pembunuhan murid Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) itu.

Mereka dilihat hadir di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini, pada 9.50 pagi tadi.

“Sukar nak terima Zayn Rayyan sudah tiada” – Ibu

Bagaimanapun, pengamal media yang tiba di lokasi kejadian sejak 8 pagi lagi diminta untuk mengosongkan kawasan blok berkenaan, untuk memberi laluan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan.

Pada masa yang sama, ibu Zayn Rayyan Ismanira Abdul Manaf, 28 hari ini dilihat menzahirkan kerinduan terhadap anak sulungnya daripada dua beradik itu, dengan memuat naik gambar dan hantaran di akaun Instagram miliknya.

Ismanira menceritakan dia dan suami sempat membawa anak-anaknya bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah pada Isnin lepas, iaitu sehari sebelum anak sulungnya dilaporkan hilang.

“Abang (Zayn Rayyan) dengan adik suka sangat jalan-jalan, dapat pusing-pusing mall makan-makan tu memang suka sangat-sangatlah dua beradik ini. Penat ke sibuk macam mana pun mommy daddy akan cuba juga bawa abang dengan adik jalan-jalan,” katanya menerusi hantaran Instagramnya.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.

TAG:

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan