Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap pandangan dan cadangan boleh dirunding dengan baik tanpa membelakangkan Perlembagaan Persekutuan, sistem demokrasi berparlimen dan prinsip Raja Berperlembagaan. Foto: Bernama

Runding cara baik tanpa membelakangkan Perlembagaan – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Setiap pandangan dan cadangan boleh dirunding dengan baik tanpa membelakangkan Perlembagaan Persekutuan, sistem demokrasi berparlimen dan prinsip Raja Berperlembagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata ini termasuk pandangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mencadangkan agar lebih banyak tanggungjawab diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, termasuk pemantauan secara terus terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

“Kita boleh runding dengan baik tetapi prinsip Perlembagaan, (sistem) demokrasi berparlimen, Raja Berperlembagaan itu tetap dipertahankan dan kita junjung prinsip yang sama.

“Tidak harus ada kebimbangan kalau ada kenyataan dan pandangan termasuk daripada Sultan Johor. Pandangan ini boleh dibawa bincang tetapi tidak akan mempengaruhi dasar negara dan prinsip kita tentang Raja Berperlembagaan,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas cadangan Sultan Johor dan kenyataan  bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran pameran “Perjalanan Menelusuri Seni Islam” dan “Alif Lam Ra: Kaligrafi Kontemporari Muslim” sempena sambutan ulang tahun ke-25 Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) di sini, malam tadi.

Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata titah cadangan Sultan Ibrahim supaya SPRM dan Petronas  dipantau secara langsung oleh Yang di-Pertuan Agong, tidak boleh  diambil ringan.

Anwar juga berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan pandangan yang dilontarkan Dr Mahathir.

“Dia (Dr Mahathir) hanya melontarkan pandangan dan kita bincang. Bagi saya tiada masalah. Pandangannya tidak langsung akan menggugat kuasa dan peruntukan Perlembagaan negara kita,” kata Perdana Menteri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan