Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media khas bagi mengumumkan rombakan Kabinet Persekutuan. Foto: Facebook Zahid Hamidi

Rombakan Kabinet tidak semestinya mengubah dasar kementerian – Ahmad Zahid

ByBernama

BANGI, 13 Dis: Rombakan Kabinet tidak semestinya memerlukan perubahan dasar sesebuah kementerian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sebaliknya, dasar dan acuan yang terbukti berkesan, harus dikekalkan.

“Menteri datang dan pergi, timbalan menteri pun datang dan pergi. Namun yang lebih penting bagi kita ialah biar pun kepimpinan itu bertukar ganti, kerajaan bertukar ganti, tetapi dasar (yang baik) harus dikekalkan.

“Jangan oleh kerana mahu wujudkan legasi kononnya, maka dasar diubah, yang baik pun diubah,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Karnival Usahawan Desa (KUD) 2O23 di sini malam tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melakukan rombakan Kabinet yang pertama sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan, dalam usaha memperkukuhkan pentadbiran sesuai dengan tuntutan dan keperluan semasa.

Rombakan Kabinet itu menyaksikan pertambahan bilangan Jemaah Menteri, pengguguran seorang menteri serta penampilan tokoh korporat dan akademik sebagai muka baharu, selain kemunculan semula lima bekas menteri.

Rombakan itu menyaksikan pertukaran portfolio melibatkan beberapa menteri dan timbalan menteri sedia, ada antaranya Datuk Seri Mohamad Hasan yang berpindah ke Kementerian Luar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pertahanan) dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (Menteri Pendidikan Tinggi).

Mengenai KUD, Ahmad Zahid berkata kejayaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk menarik kehadiran lebih satu juta pengunjung pada karnival di Putrajaya pada 22 hingga 26 Nov lepas, merupakan sesuatu yang harus dibanggakan dan dijadikan contoh.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut menyarankan kementerian berkenaan untuk berusaha menarik lebih dua juta pengunjung pada penganjuran KUD seterusnya, yang dijangka diadakan pada 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan