Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai penguatkuasa KPDN Cawangan Miri melakukan pemeriksaan di sebuah gudang penyimpanan gula di Miri. Foto, KPDN Miri.

Monsun Timur Laut antara punca bekalan gula lewat tiba di Miri

MIRI, 13 Dis: Keadaan laut bergelora berikutan Monsun Timur Laut (MTL) merupakan antara punca bekalan gula yang dihantar dari Semenanjung Malaysia ke Miri lewat tiba.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Miri, Joe Azmi Jamil berkata, MTL menyebabkan gangguan rantaian bekalan.

Sehubungan itu, beliau mengesahkan tidak berlaku krisis kekurangan bekalan gula di bandar raya ini.

“Masalah kekurangan bekalan gula di sini bukanlah berpunca akibat kekurangan bahan keperluan itu di pasaran.

“Pemeriksaan KPDN Cawangan Miri mendapati bekalan gula masih dijual di pasar raya dan kedai runcit di Miri,” katanya kepada TVS hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, permintaan tinggi daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) termasuk kedai kek, restoran, pembuat kuih-muih menjelang Hari Krismas dan Tahun Baharu Cina juga menyebabkan gula cepat habis di pasaran.

“Sehubungan itu KPDN telah mengeluarkan notis di bawah 12a Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974 agar empat pemborong gula utama di Miri mewujudkan stok penimbal supaya bekalan gula sentiasa berada pada kadar yang ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, orang ramai mendakwa bekalan gula tiada di pasaran tempatan sehingga menimbulkan kebimbangan pengguna di sini. -TVS

Tags: gula, KPDN, Miri

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan