Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menerusi rombakan Kabinet Persekutuan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof diberi kepercayaan menerajui kementerian baharu - Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam. Foto: Bernama

Lantikan Fadillah terajui peralihan tenaga, bukti Sarawak di hadapan dalam penerokaan tenaga baharu

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 13 Dis: Kementerian baharu – Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam yang diamanahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof membuktikan keberhasilan Sarawak dalam meneroka tenaga baharu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat Sarawak berada di hadapan menerusi dasar dibawakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Perdana Menteri mewujudkan kementerian baharu itu untuk TPM Fadillah menjaga berkenaan soal tenaga boleh diperbaharui,” katanya ketika diminta mengulas mengenai rombakan Kabinet Persekutuan, hari ini.

Dalam pada itu Abdul Karim menambah, satu lagi bidang kuasa berkenaan dangan urusan hal ehwal Sabah dan Sarawak yang turut dipikul TPM Fadillah adalah sangat bertepatan.

“Memang tepatlah, kerana TPM Fadillah banyak mempengerusikan setiap perbincangan dan rundingan berkenaan dengan pengambilalihan hak-hak negeri,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan