Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berbual-bual dengan Datuk Seri Ahmad Maslan yang baru dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya. Foto: Facebook Alexander Nanta Linggi

Ilmu dan pengalaman Ahmad Maslan bantu laksana inisiatif Kementerian Kerja Raya – Nanta

ByConnie Grace

KUCHING, 13 Dis: Pelantikan Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berupaya mengukuhkan lagi Kementerian berkenaan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif sejajar dengan agenda pembangunan negara.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ilmu pengetahuan dan pengalaman timbalan baharunya itu berupaya menyumbang terhadap pembangunan negara.

“Saya yakin dan percaya ilmu dan pengalaman beliau dapat membantu saya dan kementerian ini dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu kesejahteraan rakyat Malaysia Madani dan seterusnya membantu membangunkan negara ini di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Nanta turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Ahmad.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada mantan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang kini menjawat jawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Beliau turut menyifatkan Abdul Rahman sebagai individu yang memberikan kerjasama yang baik dalam mengemudi Kementerian Kerja Raya.

“Beliau juga banyak menyumbang idea dan buah fikiran bagi memastikan aspirasi Malaysia Madani dapat diterjemahkan dengan efektif dalam pelaksanaan pelbagai polisi dan insentif kementerian bagi membantu rakyat,” katanya.

Semalam, Anwar melakukan rombakan terhadap Kabinet Persekutuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan