KUCHING, 13 Dis: Penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Amy Search merupakan antara barisan artis yang akan menggamatkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 di Sarawak.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pada malam 31 Disember 2023, beberapa segmen persembahan akan turut diadakan bermula 6.45 petang hingga 12:55 tengah malam di Tebingan Kuching.
“Selain Amy, suasana meriah Countdown 2024 di Sarawak bakal dihangatkan dengan persembahan oleh Datuk Zainal Abidin, Hael Husaini, Kumpulan Floor 88 dan Kumpulan De Fam,” katanya.
Taeyang bakal gegarkan Stadium Negeri Sarawak sempena BSMF 2023
Abdul Karim berkata demikian pada sidang media Countdown 2024 di sini hari ini.
Sementara itu Abdul Karim memaklumkan, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan music instrumental oleh beberapa buskers tempatan.
Taeyang bakal gegarkan Stadium Negeri Sarawak sempena BSMF 2023
Segmen pra persembahan katanya akan berlangsung di Godown Amphitheatre, Tebingan Kuching.
“Bagi Segmen pertama, orang ramai akan dihiburkan dengan persembahan tarian pembukaan oleh kumpulan Kinate Dance Group.
Taeyang bakal gegarkan Stadium Negeri Sarawak sempena BSMF 2023
“Acara diteruskan dengan persembahan penyanyi Sarawak iaitu Firdaus Matrang, Raquel Then, Richmond Allan Morshidi, Bob Yunus dan Karen Libau,” katanya.
Beliau memberitahu, penganjur turut menjemput Kumpulan Panggau Libau 2 dari Sri Aman yang merupakan finalis bagi Festival Kesenian Sarawak 2023.
Taeyang bakal gegarkan Stadium Negeri Sarawak sempena BSMF 2023
Abdul Karim berkata artis kanak-kanak termasuk Dion Das Louis di bawah Majlis Seni Sarawak (MSS) pula akan melakukan persembahan pembukaan. -TVS