Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn bergambar bersama para peserta pada Majlis Penangguhan Worldskill Malaysia 2023 di Centexs Commercial di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Sarawak perkasa pembangunan modal insan TVET

KUCHING, 11 Dis: Sarawak memerlukan kadar peningkatan tiga kali ganda pengambilan kemasukan pelajar mengikuti program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) bagi mengurangkan pengambilan tenaga kerja warga asing.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kebergantungan terhadap pekerja asing dalam sektor dan subsektor kritikal untuk tempoh berpanjangan, dikhuatiri menjejaskan operasi dan pertumbuhan perniagaan.

“Kajian UNIMAS pada 2014 menganggarkan bahawa menjelang 2030, lebih daripada satu juta pekerjaan baru akan diwujudkan membabitkan lebih daripada 50 peratus atau lebih daripada 600,000 pekerjaan akan menjadi mahir dan separuh mahir.

“Kini kita mempunyai 104 institusi TVET awam dan swasta di negeri ini dengan jumlah kapasiti kira-kira 30,000 pelatih. Institusi ini bersama-sama menghasilkan keluaran tahunan kira-kira 11,000 pemegang sijil dalam perdagangan yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn pada Majlis Penangguhan Worldskill Malaysia 2023 di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di sini, hari ini.

Menurutnya, pada kadar semasa, Sarawak hanya dapat melahirkan 500,000 pekerja mahir menjelang 2030, justeru negeri ini perlu meningkatkan kapasiti latihan.

Abang Johari berkata lagi, dalam melahirkan lebih ramai tenaga pekerja mahir, Kerajaan Sarawak melalui inisiatif yang dilakukan oleh MEITD sedang mewujudkan lebih banyak pusat latihan teknikal.

Pada masa sama, Kerajaan Sarawak dalam proses memperkemaskan kualiti program dan kursus sedia ada untuk memenuhi keperluan industri dalam pelbagai bidang.

“Selain meningkatkan kapasiti latihan, kami turut melaksanakan inisiatif yang perlu dalam menarik minat pelajar lelaki dan perempuan untuk mengikuti kursus TVET,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan