Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) berkenan menerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK1) daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Negara. Foto, Bernama.

Sultan Johor ikrar buru perasuah

BySharifah Anira

KUCHING, 10 Dis: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, usaha menghapuskan rasuah menjadi tumpuan baginda apabila memikul tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, pada tahun depan.

Menurut Sultan Ibrahim, kerajaan juga haruslah stabil untuk memperbaiki ekonomi negara.

Baginda turut membangkitkan isu sumbangan sebelum pilihan raya.

“Ramai menyumbang ratusan juta sebelum pilihan raya. Bagaimana anda membayar mereka kembali, (adakah) memberi mereka projek mega,” soal baginda menerusi wawancara eksklusif dengan The Straits Times Singapore.

Titah Sultan Ibrahim, perkara itu tidak akan berlaku apabila baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Ibrahim bertitah, moyang baginda merupakan pemburu yang hebat dan apabila pergi memburu, baginda juga akan memastikan membawa pulang hasil yang lumayan.

“Tetapi apabila saya di Kuala Lumpur (Istana Negara) nanti, ia merupakan hutan konkrit, jadi apa yang saya buru?

“Saya akan memburu semua orang yang korup,” titah baginda.

Sebelum ini, pada 27 Oktober lepas, Majlis Raja-Raja bersetuju memilih  Sultan Ibrahim menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.

Baginda akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Sementara itu,Sultan Ibrahim turut mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong dan bukannya kepada Parlimen seperti sekarang.

“Jika (SPRM) datang kepada Agong, bermakna anda tidak berada di bawah pengaruh eksekutif.

“PETRONAS juga tidak sepatutnya berada di bawah Parlimen, lapor terus kepada saya,” titah baginda. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan