Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Misnu Taha ketika menerima cenderamata dari Awang Kushyairi Awang Sapri. Foto: TVS

SABK di Kuching bakal beroperasi pada 2025

KUCHING, 10 Dis: Bangunan baharu Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dijangka dapat digunakan pada 2025 bagi memenuhi bilangan pelajar Islam yang semakin bertambah.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha berkata, pembinaannya sudah siap dan buat masa ini bangunan itu akan dirujuk sebagai Sekolah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan 2.

Selain SABK baharu katanya, pembinaan Sekolah Menengah Antarabangsa Islam Sarawak juga akan dilaksanakan dan akan mula beroperasi pada 2027.

Datuk Misnu Taha bergambar bersama pelajar-pelajar tahun 6 yang berjaya khatam Al-Quran. Foto: TVS

“Penubuhan sekolah ini bukan sahaja akan melahirkan generasi yang fasih dan celik Al-Quran malah mempraktikkan pendekatan kreatif dan inovatif dalam membangunkan modal insan seperti sekolah kebangsaan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Myperqasaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan di sini hari ini.

Sementara itu beliau turut memaklumkan karnival ilmu akan dianjurkan pada tahun hadapan membabitkan sekolah agama di Sarawak.

“Ini bertujuan untuk menyuntik semangat supaya dapat menonjolkan potensi diri dan seterusnya maju. Ini juga merupakan satu persediaan melahirkan modal insan berkualiti,” katanya.

Sementara itu acara tahunan Khatamal Al-Quran SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan hari ini meraikan seramai 204 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun enam yang berjaya khatam Al-Quran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan